Wednesday, 9 November 2011
Aktiviti Ketiga Di Pulau Ubin
Aktiviti yang ketiga bagi kumpulan kami adalah, kami membuat lukisan batik. Lukisan batik adalah aktiviti yang tradisional kepada orang-orang Melayu. Lukisan Batik mengunakkan cairan lilin yang sangat panas. Ada banyak jenis batik untuk pelajar-pelajar pilih. Sebelum pelajar-pelajar pakai cairan lilin di gambar, kami harus semak dengan facilitatornya gambar latihan dan dia akan melihatnya. Apabila kami sudah boleh melanjut ke batik yang sebenar kami membuat benda yang sama dan kami boleh mewarnakan gambar yang kami pilih. Kami harus memakai dua ton warna dekat imej kecuali latar belakangnya. Lepas kami selesai dengan batik kami, kami tunggu untuk batik kami manjadi kering.
Posted at 14:18