Friday, 11 November 2011
Karangan
Karangan Naratif
Nama: Syed Mohammed
Kelas: 307
Tajuk: Tuliskan sebuah cerita tentang seorang yang dibersarkan di kampong, dan kini mencapai kejayaan di kampung.
Li Wei dibersarkan di kampung. Li Wei ada ramai kawan di kampung itu kerana dia sering bermain dengan mereka. Orang-orang kampung sering bergotong-gotong untuk memasak seperti di kenduri atau di majlis perkahwinan. Suasana agak sunyi kerana budak-budak ataupun orang tua tidak akan membuat bising atau kecoh kecuali waktu sambutan. Li Wei adalah seorang anak tunggal kepada pakcik Zhin dan puan Cai. Li Wei sering menolong jiran-jirannya mengecat rumah mereka. Dari situ, minat mengecat Li Wei mula berkembang.
Puan Cai menasihati Li Wei supaya pergi ke Bandar untuk mengembangkan minatnya untuk mengecat. Dia juga memberitahu Li Wei dengan mengecat di kampong dia tidak akan mendapat duit yang lumangan kerana orang-orang kampong tidak begitu. Mereka hanya menjual ikan dan sayuran untuk mendapat duit. Mereka memerlukan duit itu kerana mereka bukan orang senang. Jiran-jirannya juga menasihati Li Wei untuk pergi ke Bandar. Umur Li Wei ialah 24 tahun dan dia masih belum bersedia untuk meninggalkan kampungnya. Kampung itu ada banyak kenangan kepadanya.
Selepas dinashati beberapa kali, akhirnya Li Wei mengambil keputusan untuk pergi ke Bandar untuk mengembangkan minatnya. Li Wei mengemas barang-barangnya untuk bersedia pergi ke Bandar. Pakcik Zhin menyokong keputusannya. Li Wei mencari kerja mengecat. Li Wei mula bekerja selepas satu hari duduk di Bandar. Bos Li Wei suka dengan perangai Li Wei kerana dia seorang yang rajin. Kini, syarikat Li Wei telah berkembang dan menjadi popular. Li Wei sudah menjadi bos syarikat itu.
Li Wei sudah berjaya. Dia ada cukup duit untuk menolong jiran-jirannya di kampungnya. Dia pergi ke kampungnya selepas dua tahun berkerja di Bandar. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan pakcik Zhin dan puan Cai, lagipun jiran-jirannya di situ. Dia sangat gembira ketika dia melihat mereka. Dia memberitahu semua orang tentang kejayaannya di Bandar.
Di kampungnya, dia melihat keadaan rumah-rumah di situ. Dia terasa terhutang budi kepada mereka. Lalu, dia memberi kampungnya duit untuk mereka mendapat rumah yang lebih besar dan lebih bagus untuk keluarga-keluarga jiran-jirannya. Keadaan semua orang di kampung lebih baik. Sumua orang berterima kasih kepada Li Wei kerana jika dia tidak menolong mereka, mereka tidak akan mengadakan keluarga yang stabil. Jika kampungnya tidak mengembangkan minatnya, dia tidak akan berjaya seperti sekarang.
Posted at 09:23